Friday, 26 December 2014

8 Bulan kau~~

Assalammualaikum dan hai!
      Peh 8 bulan tak update blog. sori wak >.< Nanti saya update pasal boboiboy dan fandom lain eh? hehehe...

(gif takde kena mengena pun. tapi tu gif pertama saya buat hehe)

                                                                                                                Salam sejahtera ke atas kalian!

Wednesday, 16 April 2014

One Piece!

Assalammualaikum dan Hai!
     Maaf sebab sudah lama tak update. Skang ni saya nak update pasal my favourite anime/manga, ONE PIECE! Oh yeahhhh *dancing like a moron*

    Kenapa saya meminati One Piece? Kerana ia satu-satunya komik yang mengajar saya pelbagai benda. Persahabatan. Kekeluargaan. Penggembaraan. Macam-macam dan susah nak listkan xD Karakter dia, plot dia ahhh awesomenyaaaaa.
No offence for the JB fans!


     Okay, first of all, saya nak cakap tentang karakternya. Karakter yang saya minati sudah semestinya kesemua Strawhat Crew, tapi yang benar-benar saya minati adalah... Nefertari Vivi! Haha biarpun dia hanyalah minor character dan sudah tak berapa muncul dalam komik ini lagi, namun bagi saya, Vivi tetap terbest dan awesome. Mungkin ramai yang kata, dia useless dan annoying, namun bagi saya, Vivi seorang yang mulia dan berani. Mungkin dia tak kuat, namun dia sanggup korbankan diri demi countrynya. Dia berani, selfless, cool and sebagainya. Definitely my role model!!! xD

Wanted poster~

Her determined face

Kedua, tentang pengajaran cerita dia. Antaranya adalah The definition of treasure - Tak semestinya emas, silver itu treasure, kadang-kala sebuah topi buruk pun boleh digelar treasure okk  and Bonds of nakama - yang ni perfect gila. Menunjukkan tentang bagaimana seorang sahabat sejati sudi hadapi segala dugaan semata-mata untuk membantumu (Water Seven Arc). Sanggup hadapi tsunami, musuh yang merbahaya demi menyelamatkan seorang kawan. I just love it. It's beautiful. *crying

(Dua je aku listkan. Ada lagi but malas hehe) 


Okay, itu je kot. Sekian, terima kasih. See you soon Nakama!


Saturday, 8 February 2014

Merentas Desa 2014

Assalammualaikum dan hai!
     Hari ni ada Pertandingan Merentas Desa keempat di SMKTD! Seronok sungguh sebab dah semangat gila nak lari.

     So, larian tu lebih kurang 4km untuk pompuan and 6 km untuk laki. Best ah sebab dapat tambah stamina (bukan sebab nak turun berat badan haha). Time tu dah semangat gila sampai bila cikgu kata, "bersedia semua?" aku pun cam, "Oh, I was born ready! (quote anna from frozen)" haha semangat gila.

     Mula-mula lari takde ah penat sgt. Kali ni lari tak penat langsung. Agaknya sebab amalkan cara yang betul. Yang bestnya ofkos tegur kawan and lari xD agak happy gak sebab dapat kalahkan "mixed feeling" aku. Well, aku kan awesome. (Nak pergi ke tandas cikgu, nak muntah -quote classmates boboiboy)

     Tapi yang best tahun ni ofkos lah sebab dapat nombor! Maksudnya saya takdelah ketinggalan sangat! Walau dapat no. 44, tapi happynya mengalahkan org dpt no.1. Maklumlah selama ni merentas desa (2 kali) tak dapat nombor, just lari sampai penamat and cikgu suh masuk skolah balik. Best gilaaa hahhaha

     Walaupun yg tak bestnya... Kasturi tak menang! Gelaran Juara telah dirampas oleh Lekir! Oookayyy this is so not okay. Tahun lepas Lekir last, tahun ni kitorang lak (ps, kitorang cam tukar gelaran except that kasturi dapat no. 4 instead of no.5). Tak adilll.

    Tapi takpe, ada hikmahnya. Mungkin aku dapat nombor ni pretty much sebagai pengubat duka gara-gara Kasturi kalah. But for Jingga Kasturi, DO THE BEST!

Okay bye! Lol bukan gif aku ok

Monday, 3 February 2014

Review of Hero Mahu Saiz M

Assalammualaikum dan hai!
     Pernah baca siri Hero Sri Bangsar by Azanil Fitri dan Ain Maisarah? Apa, tidak pernah? Ohhhh jangan menyesal. Buku paling best tau!

     Hero Sri Bangsar ni, kategori dia dalam lingkungan superhero, Sci-fi (science-fiction), dan aksi. So cerita memang menarik dan menawan. Character dia juga menarik serta semakin membesar seperti manusia betul. Takde kaedah Mary Sue atau Marty Stu.

     Novel kali ni, novel ke-8, tersangatlah menarik dan berbeza. Ada plot twist dan character development. Persahabatan antara Najmina dan Alfi semakin rapat dan mereka sangat comel~ nak je kahwinkan terus hehe. Syikin pula, dari gemuk jadi kurus dan Najmina pula dari langsing ke gemuk. Aduh bertukar pula.

     So, kali ni, cerita lebih menumpu pada masalah berat badan antara Najmina dan Daniel. Najmina bertambah berat badan sebab kuat makan, Daniel pula, sebab nak masuk pertandingan Kanak-Kanak Tembam Sri Bangsar untuk ibu dia, so ibu dia akan happy.
   
     Tapi lepas jumpa Syikin dan Dak Gedik... Najmina pun mahu menurunkan berat badan sebab tercabar dan dia juga mula rasa rendah diri bila dia kalah pada Dak Gedik.

     Favorite scene? Bila Alfi pertahankan Najmina depan Syikin. Sungguh... sungguh terharu sampai menangis saya dibuatnya.

     Cerita tamat dengan Najmina koma dan identiti Dak Gedik ditunjukkan. Mahu tahu siapa? Dapatkan buku Hero Mahu Saiz M sekarang! Emosional saya apabila membaca novel tersebut.

Okay, bye!
   
   

Sunday, 2 February 2014

Romione shippers' feeling

Assalammualaikum dan hai!

JK Rowling reaction to Romione's ship

Link apa tu? Lain macam je? Nape ada mention JK Rowling, penulis Harry Potter yg awesome tu?

Well, I'm dealing with this freaking post! JK Rowling kata, dia menyesal gabungkan Romione (Ron and Hermione). Sepatutnya gabungkan Harmione (Harry and Hermione) Okeyy time to deal with the feelss!

Bagi yg tak paham maksud Ship/shipping/shippers, rujuk website ni:

http://en.wikipedia.org/wiki/Shipping_(fandom)

Okay, bye!

Probe kembali!!! Yay~

Assalammualaikum dan hai!
     Siapa sudah menonton episod terbaru Boboiboy tadi? Satu ayat untuk conclusion dia. THAT IS FREAKING AWESOME AND SAD! Haha~

     Okey, berbalik kepada topik asal. Mula-mula bila tonton, saya hanya fikir, 'mesti tak jadi sebab promo tak tunjuk Probe...' dan tekaan saya tepat. Nak menangis saya. Painful. Dah lah sedih pasal Hero Mahu Saiz M, sekarang sedih psl Probe lak. Nak meraung saya jadinya.

My reaction bila tgk scene tu.


     Pastu bila Koko Jumbo serang bandar dan it was like, "well I'm back". Okay, memang bengang gila ngan Koko Jumbo sebab blasah Boboiboy. Tapi dia cuma nak revenge je, kan? Ok then.


     And then dalam saat genting... Probe return! Dia selamatkan Adudu and Boboiboy and Gopal and Cooleo(I've got a feeling that Komputer dan Kambing tu yg baiki Probe time Adudu and the gang blasah Koko Jumbo)!

Dude, I'm back

      Probe bertambah kuat lepas dibaiki! COOLEO! haha tapi yg tak best dia hilang ingatan. Okayyy this is making me even worse. Nasib baik Adudu baling cawan kat Probe, kalo tak habislah superhero kita tu. And bila diorang reunion, my heart break to pieces (terharu katako)! I love you Probe! Forever and ever!

     Okay, alternate ending: mungkin episod habis ngan Probe tembak Boboiboy dan Gopal dan bersambung... tapi ofkos, those never happen! I dont care.

     Okeyyy this is my review towards BoBoiBoy musim3 episod 5. Rajin2 pi tonton, key? Kalo tak nak kena penumbuk Yaya dan penendang Ying xD

P/S: Mari tunggu berbulan-bulan lama untuk episod baru sampai. WHAT AM I GOING TO DO WITH MY LIFE GOD

I love you, Boboiboy and the gang! *fangirl scream

Saturday, 1 February 2014

Biodata BoBoiBoy! dan kawan2

Assalammualaikum dan hai!
     Dalam post yang lalu saya ada menyatakan bahawa saya ingin melakukan biodata BoBoiBoy dan kawan-kawannya, bukan? Okay, saya ingin mencuba dan tak pastilah betul ke tak. Mungkin salah mungkin betul mungkin minta pelempang. Saya cuma buat berdasarkan pemerhatian serta pencarian maklumat saya. Ewah, ni nak buat folio PBS ke apa? :P

     Baiklah, kembali ke topik asal. Maaf sekiranya ada yang salah. Sekiranya salah, tegurlah di bahagian komen, ya?

     So, Saya akan buat untuk 5 karakter je iaitu Boboiboy, Yaya, Gopal, Ying dan Fang. Next time I'll do the others if I want to. Lets do this. Bismillahhirrahmannirahim...

BoBoiBoy
Nama: BoBoiBoy
Umur: 11 tahun
Tarikh lahir: 13 Mac
Keluarga: Tok Aba, ibu bapa, Ochobot
Kawan: Gopal, Yaya, Ying, Fang, kawan sekelas
Frenemy: Adudu and the gang, Fang
Musuh: Ejojo
Kekuatan: Mengawal elemen petir, angin, tanah serta berpecah menjadi tiga
Kelemahan: Pelupa (ketika berpecah) dan takut pada bunyi belon meletup
Benda ditakuti: Biskut Yaya, bunyi belon pecah
Hobi: Main bola sepak
Personaliti: Matang dan sedikit childish, pandai merancang strategi perlawanan, kuat, berani, selamba, baik, suka menolong Tok Aba



Yaya
Nama: Yaya
Umur: 11 tahun
Keluarga: Ibu bapa dan adik lelaki
Kawan: BoBoiBoy, Ying, Gopal, Fang, kawan sekelas
Frenemy: Adudu and the gang
Musuh: Ejojo
Kekuatan: Memanipulasi graviti
Kelemahan: Tidak mahir dalam membuat biskut
Hobi: Membuat biskut
Personaliti: Peramah, baik hati, comel, kuat, mudah marah terutama tentang biskut, suka masak (kot), berdisiplin, rajin.




Gopal
Nama: Gopal
Umur: 12 tahun
Keluarga: Appa dan amma
Kawan: BoBoiBoy, Yaya, Ying, Fang, kawan sekelas
Frenemy: Adudu and the gang
Musuh: Ejojo
Kekuatan: Memanipulasi molekule
Kelemahan: Penakut
Benda ditakuti: hampir kesemuanya lol
Hobi: makan
Personaliti: Penakut, bercakap tak fikir dahulu, tak pandai Math, suka minta Tok Aba belanja, suka berhutang lol, setiakawan, tak mudah lupa kawan





Ying

Nama: Ying
Umur: 10 tahun
Keluarga: Nenek
Rakan: Yaya, Boboiboy, Gopal, Fang, kawan sekelas
Frenemy: Adudu and the gang
Musuh: Ejojo
Kekuatan: Memanipulasi masa
Kelemahan: Tidak mengetahui potensi kuasa
Benda ditakuti: Badut
Hobi: Bermain permainan video
Personaliti: Pemalu, berani (selepas bersin), bijak pandai, setiakawan, cakap laju, gamer, rajin belajar, sarkastik (sedikit), comel, stamina yang tinggi





Fang
Nama: Fang
Umur: 11 tahun
Tarikh lahir: 13 April
Keluarga: ibu bapa
Kawan: Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Kawan sekelas
Frenemy: Adudu and the gang, BoBoiBoy
Musuh: Ejojo
Kekuatan: Kuasa Bayang
Kelemahan: Tempat Gelap
Hobi: Belajar
Personaliti: Gila popular, pembersih, rajin belajar, kuat berlatih, suka bersaing dengan Boboiboy, kurang sabar, pandai, mudah bekerjasama, prankster (kadang-kala)




*Frenemy maksudnya Friend and Enemy/rival

Itu sahaja kot, hehe.

Okay, bye!

Thursday, 30 January 2014

Disney Frozen Review

Assalammualaikum dan hai!
     Hari itu, saya pergi menonton Disney Frozen dengan ayah saya. Cerita itu teramatlah awesome, funny dan sedih! BEST. MOVIE. EVER. Dan ya, saya asyik fangirling around~

     Disney Frozen teramatlah unik bagi saya sebab, ia adalah movie Disney yang pertama di mana,
1) Kamu tak perlukan cinta seorang lelaki untuk survive~
2) Biarpun ko ada kuasa tak bererti ko akan gembira~
3) Jangan biarkan ketakutan menguasai kita~
4) Jangan mudah percayakan orang
5) You cannot married a man you just met (This is a slap to previous Disney movie though)
6) Sibling love~
7) OLAF. IS. FREAKING. CUTE.

Dan macam-macam lagi pengajaran!

     Yang pasti, Disney Frozen juga menunjukkan perempuan tak perlu nak depend sangat ngan laki. Kebanyakan cerita menunjukkan lelaki yang selamatkan princess, tapi Disney Frozen ni, menunjukkan kasih sayang antara adik-beradik yang paling penting instead of romance love.

     Selain itu, lagu dia. LAGU DIA. Sungguh merdu. Sungguh menyentuh hati. Especially "Let It Go" dan "Do you want to build a snowman?" Let It Go dendangan Idina Manzel tersangatlah awesome sebab cara dia menjiwai watak sangatlah hebat! Kalo kamu dengar, mesti ingatkan orang tu betul2 laluinya.
Cubalah dengar Let It Go di youtube: Let It Go~

     Seterusnya, karakter dia. Paling disukai ramai, Elsa. Walaupun cerita ni lebih kurang dari point of view Anna, namun Elsa memang awesome. Dia seolah-olah watak yg betul2 hidup. Yang betul2 wujud. Pretty much resemble kebanyakan manusia. Dia juga sangat matang, sangat pandai, sangat kuat namun dia juga sangat bitter in the inside.

Yang kedua, Anna. Anna adalah karakter yg paling saya minati sebab kitorang pangai sama je, hehe xD Apa yang paling saya menyampah adalah, bila orang kata Anna punca segalanya, Anna pangai teruk, or Anna gedik. Tapi masalahnya, Anna adalah karakter yg second menyedihkan (after Elsa) Anna tidak dapat perhatian daripada ibu bapanya dan Elsa. Anna tidak dapat kasih sayang. Anna keseorangan. Jadi sebab tu la pangai dia pun pelik2 je. Dia pretty much resemble me a lot. Tak caya ce rujuk website ni Review of Frozen's Character
Sape lukis ni? Cantinya!

Third (tiga karakter je saya akan perkenalkan. Hehe.) OLAF! Snowman! He's so cute, so adorable and so funny! Can I have a pocket-sized Olaf?
Apa lagi yang patut saya review? Itu je kot. OKlah, goodbye and enjoy winter with Frozen! (lol ni malaysia lah der)

See you in theater, Okay?

Goodbye! Love from Elsa and Anna!


Sunday, 26 January 2014

BoBoiBoy!

Assalammualaikum dan hai!

     Walaupun saya akan mencecah 15 tahun pada tahun ini namun saya tetap meminati kartun dan game. Adakah ini pelik? Adakah ini childish? Bagi saya, tak sebab kenapa nak kata childish kalo citer tu pun dibuat oleh orang dewasa? Okey, mungkin teori ni tak berapa bagus hehe.

     Boboiboy, hanya ada satu perkataan yg leh describe cite ni. COOL! dan juga TERBAIK! atau KREATIF! atau mungkin AWESOME! dan macam2 lagi.

     Sejak musim kedua (saya ni agak ketinggalan tu yg mula minat time musim 2) saya dah mula minat BoBoiBoy. jalan cite yg menarik memikat hatiku dan saya dpt firasat saya akan tulis ayat jiwang di sini hehe :P

     Saya tak tau nak ckp pasal apa, tapi bagi yg anggap BoBoiBoy karut/boring/childish, tolonglah cari jalan untuk kembali ke pangkal kebenaran eh, sebab cite ni kreatif dan awesome. Lagipun nak buat satu animasi tu pun dh susah bro, bersyukur sket jgn nak kutuk je.

     Oklah, saya tak tau nak ckp apa. Mungkin next time nak buat character's personality pasal boboiboy kot. So saya spam ngan gambar BoBoiBoy je la!

Sempat lagi gaduh haha

No. 1 beb

BoBoiBoy vs. Ejojo

Sape edit ni memang cool

Tak sabar... Lol bukan dh ada ke

BoBoiBoy Taufan comell

My two favourite

Okay, bye!