Monday 31 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU!!!

  POM! POM! POM! Bunyi bunga api berdentum dentam di sana sini. Kemeriahan tahun baru mulai dirasai sebaik sahaja jam berdetik pukul 12 malam. Tahun baru bererti azam baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum ini. Ya!

  Alhamdullillah... saya masih bernafas dan diberi pinjam nyawa oleh Allah SWT. :')

  Ah, jangan nak bermacam-macam. Akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU 2013 DAN SEMOGA DILIMPAHI RAHMAT, NIKMAT DAN MENJADI SEORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH. SEMOGA KAMU JUGA APAT MENCAPAI AZAM KAMU PADA TAHUN INI!

:) HAPPY ALWAYS! :D

Tuesday 25 December 2012

Masa kecil dulu...

  Ketika kecil, saya suka berangan menjadi 'princess', pelakon dan bermacam lagi. Malahan ketika kecil, saya seorang yang sangat gedik dan mempunyai imaginasi yang melampau! Oh, teruknya!

  Tetapi, itu cerita ketika kecil, bukan? Rasanya semua ada cerita ketika kecil yang tersendiri. Kita suka mengenangkan kisah ketika kecil dan kadang-kadang tergelak sendiri. Kan? Rasanya itu memang aktiviti semua orang. Benar sekali!

  Jadi, bagi yang teringin mengenang zaman kecil anda, jom, kita buka blog ini. Sangat menarik! Ia blog milik Bophairy Baharum (pelukis komik Malaysia) dan blog ini memaparkan komik yang dilukisnya untuk pertandingan 24-Hours Comic Day 2012.

  Jom serbu blog ini beramai-ramai!

Click here!

Saturday 22 December 2012

Comic Fiesta 2012!

  Assalammualaikum semua... Hari ini Pika gembira sangat sebab dapat ke Comic Fiesta 2012 yang berlangsung di KLCC Malaysia.

  Lebih tepat, sebenarnya saya gembira sebab dapat berjumpa dengan pelukis komik Malaysia, Bophairy (pelukis Ultra Qalif) dan Reja Mus (pelukis Shootz!). Almaklum susah sedikit mahu bertemu dengan mereka atas faktor tertentu. Lepas berjumpa (kerana tiada kertas jadi tidak dapat minta tandatangan), saya pun menyambung perjalanan saya. Hati ini berbunga-bunga (ala-ala pesta bunga) kerana dapat berjumpa dengan artis pujaan.

  Sambung semula mengenai Comic Fiesta 2012. Di sana memang menarik kerana terdapat pelbagai jenis karakter kesukaan seperti One Piece, Fairy Tail, Bleach, Final Fantasy dan banyak lagi. Memang menarik!

  Selain itu, ada juga yang ber-cosplay seperti watak-watak anime, untuk memeriahkan lagi fiesta ini. Ibu saya telah mengambil banyak gambar mereka dan ia sangat cantik. Ada juga yang mencipta sendiri senjatanya!

  Apa-apa pun, Comic Fiesta memang menarik. Berbaloi juga menghabiskan RM20 untuk membeli tiket masuknya. Besok adalah hari terakhir pesta itu. Bagi yang berminat, pergilah ke KLCC.

  Bye!

Friday 21 December 2012

Kelab Da Vinci!

  Assalammualaikum semua! Saya baru sahaja tamat mebaca sebuah novel yang bertajuk, Kelab Da Vinci! Ewah, glamornya nama novel ini. :)

  Novel ini mengisahkan sebuah kelab di sekolah yang teruk reputasinya. Kelab itu ialah Kelab Melukis. Dalamnya, hanya ada enam ahli sahaja dan mereka juga tiada sebarang wang simpanan dan mereka juga tiada guru penasihat. Teruk, bukan? Itulah realitinya. Kerana reputasinya yang teruk, tuan pengetua ingin membubarkan sahaja Kelab Melukis. Dengan keazaman yang tinggi, Nizam, tuan presiden Kelab Melukis yang baru, ingin mengubah segalanya dan bersama ahli lain, Aliya, Hanan, Aqif, Wan Amran dan Ikbal, mereka sama-sama mengubah nasib Kelab Melukis. Akhirnya, mereka berjaya. Namun, mereka masih lagi diuji dan akhirnya, tuan pengetua bercadang untuk membubarkan Kelab Melukis dan mencipta kelab baru, Kelab Da Vinci.

  Pelbagai info boleh didapati dalam novel ini. Sungguh berbaloi! Malahan, novel ini juga lucu dan santai. Semua di luar boleh mendapatinya melalui kedai buku yang berdekatan serta berjauhan dari rumah anda. Tunggu apa lagi, sambarlah satu untuk dijadikan bahan bacaan!

Ini gambarnya:
   


Monday 17 December 2012

Pertandingan Terbaik BoBoiBoy musim 2!

  Wah wah... nampaknya BoBoiBoy telah menganjurkan pertandingan ini lagi bermula 9 Disember lalu! Bagi yang berminat, boleh melihat kepada syarat-syarat dan hadiah-hadiahnya lagi!

1) Pertandingan ini terbuka kepada semua peminat BoBoiBoy!
2) Tonton siri animasi BoBoiBoy setiap Ahad 7 malam bermula 9 Disember hingga 30 Disember yang bersamaan dengan 4 minggu.
3) Jawab semua soalan yang diberikan di akhir rancangan dan kumpulkan kesemua 4 jawapan!
4) Tuliskan skrip perbualan watak-watak animasi BoBoiBoy di setiap panel komik dengan kreatif.
5) Borang penyertaan boleh didapati melalui Majalah Komik BoBoiBoy atau cetakkan di www.monsta.com
6) Hantarkan 4 jawapan anda dan karya anda di alamat berikut:
   
     "BANANANA - TV3"
Kumpulan Pengurusan Jenama (BMG)
Sri Pentas, No.3, Tingkat 2, Sayap Utara
Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Hadiahnya ialah...
1) Playstation 3
2) Playstation VITA
3) Ipod Nano
4) Aksi Figura BoBoiBoy

Tarik tutupnya pada 15 Januari 2013 (bukan 2012 ya) dan pemenangnya akan diumumkan di TV3 (wah! glamor gitu :P), majalah komik BoBoiBoy dan juga www.monsta.com .

Selamat menjawab dan semoga berjaya! -Probe

Lupa pula, soalan-soalannya ialah:
1) Apakah nama senjata yang digunakan oleh Adu Du yang boleh menukar emosi?
2) Apakah nama emosi yang terkena pada BoBoiBoy?
3) Akan datang...
4) Tunggulah... Its coming soon!

Okeylah! Itu sahaja maklumatnya. Wah wah, sudah macam promoter pula saya ini, mempromosikan pertandingan ini. Tidak mengapa, saya hanyalah promoter tidak bergaji. Haha.

Okeylah, mari kita sertai pertandingan ini beramai-ramai!

Sumber: www.facebook.com/boboiboy

Sunday 16 December 2012

Idea gila-gila Kami!

  Assalammualaikum... Hai! Kembali dengan entri baru, lebih tepat, untuk menebus entri semalam yang lupa untuk ditulis. Ini cerita mengenai aktiviti saya, Murni dan Ummi semalam.

  Selama seminggu lamanya, saya dan Murni telah berbincang mengenai 'Misi Bertemu Mr.N'. Siapa dia, tidak boleh diberitahu :p. Dia adalah lelaki yang istimewa di hati Murni. Maaf Murni, sebab sudah terberitahu ramai orang.

  Rancangan kami ialah, kami ingin bertemu dengan Mr.N melalui sebuah majalah. Sebelum itu, kami perlu mengisi borang dan mengirimkan gambar.  Syarat yang seterusnya, kami perlu mendapatkan 3-4 orang untuk menemani kami.

  Lalu misi mencari peneman bermula. Kebanyakannya tidak mahu dan akhirnya, Ummi, seorang gadis cantik yang mempunyai semangat setiakawan, pun bersetuju. Tujuannya berbuat demikian ialah untuk Murni. Samalah niatnya bersama saya. Demi Murni, biarpun tidak sukakan Mr. N. Lagipun itu idea saya, suka atau tidak, saya tetap perlu memunculkan diri untuk membantu Murni.

  Pada 15 Disember, saya pergi ke rumah Murni untuk memulakan projek. Malang sekali, hari itu bermula dengan teruk kerana saya sesat dan tidak menemui rumah Murni! Selepas berpusing sebanyak 2 kali, akhirnya saya jumpa juga! Oh, teruknya! Langkah seterusnya, menunggu Ummi tiba di rumah Murni.

  Sebaik sahaja segalanya selesai, kami pun pergi ke taman untuk berjoging sambil ambil gambar untuk bertemu Mr.N! Saya berasa sedikit takut juga di sana kerana kawasan itu sungguh sunyi. Dengar cerita, taman itu dahulunya tempat pelupusan sampah sebelum dijadikan taman. Wah, tidak sangka! Cantik sungguh taman itu. Pada pukul 3 petang, kami kembali ke taman perumahan semula dan singgah di kedai untuk membeli air kerana haus yang sangat.

  Selepas itu, kami menaiki teksi untuk ke kedai mencuci gambar. Masa itu, saya sudah takut-takut kerana risau ibu saya akan tahu dan memarahi saya. Oh, risaunya!

  Malang sekali, kedai mencuci gambar tutup. Terpaksalah semua bergantung kepada saya untuk mencuci gambar dan menhantar borang itu. Kemudian, kami menyusul ke kedai makan untuk menjamu selera. Selesai makan, kami singgah ke kedai buku dan membeli envelope dan setem. Akhir sekali, kami pulang ke rumah Murni semula dengan berjalan kaki.

  Setibanya di rumah Murni, kami pun mula mengisi borang. Tepat pukul 5, kami pulang ke rumah masing-masing.

  Hari itu sungguh penat dan mencabar sekali. Semoga Murni dapat bertemu dengan Mr.N!

Friday 14 December 2012

Permulaan blog ini

  Assalammualaikum... Hai! Nama saya Afiqah. Ini adalah entri pertama memandangkan blog ini baru dilancarkan. Entri ini juga sebagai pengenalan diri saya. Buat semua pembaca blog saya, boleh memanggil saya Pika. Ini cerita mengenai saya. Nampak buruk bukan blog ini? Saya akan cuba mencantikkan ia suatu hari. Cita-cita saya adalah menjadi seorang novelis yang berjaya seperti Ain Maisarah. Saya tinggal di Malaysia dan ya, saya sedang bermain game Merlin. Hahaha! Hobi saya ialah membaca novel atau komik terbitan PTS. SDN. BHD. Novel dan komik mereka menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Selain menghiburkan, saya dapat meningkatkan Bahasa Melayu saya. Maaf ya kerana ada sesi iklan yang muncul secara tiba-tiba. Sudahlah, saya tidak mahu menulis panjang sangat :p. Selamat berkenalan!

  DENGAN INI, SAYA MERASMIKAN BLOG INI! :P