Tuesday 31 December 2013

Happy New Year 2014!

Assalammualaikum dan hai!

     Happy New Year! May the odds be ever in your favour! Even in death may you be triumphant! (lol)
apa2 hal hapy new year!

Sincerely,
Me.

Monday 30 December 2013

Apabila buku yang awesome dijadikan movie...

Assalammualaikum dan hai!

     Apabila buku yang menarik, ohsem dan hebat dijadikan movie, mesti suma peminat akan melompat kegembiraan, kan? Tapi yg indah2 tu sementara je, sebaik movie disiarkan, hancur lumat hati peminat.

     Itulah satu sebab kenapa kadang-kala saya benci/annoyed/hate pada book-adaptation movie. Memanglah dia kata, book-adaptation, bererti dia takkan ikut 100% jalan cite buku, cuma, cam, seriously? Tu ke movie dia?

     Itulah terjadi. Sekiranya mereka mengikut  jalan cerita buku sepanjang membuat movie, movie itu akan jadi makin feymes dan makin byk duit, sebab peminatnya akan menonton lagi dan lagi. Tak caya? Tgk Catching Fire.

     Untungnya Catching Fire, ada movie yg BETUL-BETUL ikut buku. Sampai ke Cirque Du Freak dan Percy Jackson? Hmm...

     Jadi, pesanan saya pada krew movie, kalo nak wat movie adaptasi buku, pastikan ko ikut btol2 buku tu, sebab buku tu dh cukup perf. Jgn hancurkan cam Cirque Du Freak dan Percy Jackson. Pretty please?

    Tgklah Hunger Games dan Mortal Instrument sebagai contoh. Feymes terus!

Sekian, terima kasih.

Petition untuk Percy Jackson remade!
TOLONG TEKAN SINI INI BUKAN PRANK PRETTY PLEASE

   

Saturday 28 December 2013

The Saga of Darren Shan/Cirque Du Freak

     Assalammualaikum dan Hai!

     Wah dah lamanya tak update blog. Tapi usah bimbang, ana dh kembali! :p

     Kali ni ana nak cite psl The Saga of Darren Shan aka Cirque Du Freak. Sape2 dah baca thumbs up sket~ hehe.

     Cirque Du Freak merupakan cite ttg Darren Shan, budak laki normal yg sgt meminati labah-labah. Dia berkawan dgn Steve "Leopard" Leonard, budak laki yg gilakan monster hahaha.


     Selepas melihat persembahan Cirque Du Freak, Darren tertarik dgn seekor labah-labah unik bernama Madam Octa, lalu mencurinya dari Larten Crepsley - vampire. Malangnya labah2 tersebut telah menggigit Steve. Demi kawannya, Darren terima offer Larten untuk ditukar menjadi Half-Vampire, meninggalkan segala-gala yg dia sayangi.

     Penggembaraan Darren dh bermula...

     Sedihlah gak cite ni sebab Darren kena tinggalkan segala-galanya, tak leh kawan ngan manusia (sebab vampire lebih kuat so dia akan mencederakan manusia). Tapi Vampire dlm siri ni bukan jenis yg teruk sebab mereka cuma ambil sket darah manusia.

     Saya sgt meminati cerita ni sebab plot twist yg unexpected, awesome dan byk lagilah! So sesapa jumpa siri ni cepat2 lah kebas satu key!

 Harkat Muld dan lawak dia...
 Steve dan Darren
Buku yg ada di kedai. Rembat satu tau~ Oh yg ni novel~ Dia pun ada adaptasi komik~

P/S: bacaan Cirque Du Freak ialah Sirk doo Freak

Ok, bye! Next time ana upload lagi! xoxo

Thursday 19 September 2013

Percy Jackson and the Sea of Monster ❤

     Assalammualaikum dan hai. Amboi berhabuknya blog ini! Maklumlah sudah lama diabaikan :p Teruk sungguh perangai begitu kan?

    Kini saya kembali dengan post baru. Kali ini saya mahu bercerita tentang Percy Jackson and the Sea of Monster yang telah ditayangkan pada 8 Ogos. Amboi macam advertisement blog pula blog saya ini xD

     Percy Jackson merupakan siri buku yang paling saya gemari.
   
     Okay, kembali ke topik asal. Biarpun cerita itu sudah lama namun saya tetap mahu bercerita. Percy Jackson/Perseus Jackson (whatever) merupakan seorang demigod (half mortal half god). Kali ini, Percy perlu menggembara ke Sea of Monster yang terletak di dalam The Bermuda Triangle. Dia perlu menyelamatkan Grover, satyr merangkap kawannya yang tersesat ke pulau Polyphemus. Bersama Annabeth, teman wanitanya dan Tyson, half-brother aka cyclope (oh jangan lupa Clarisse La Rue, daughter of Ares), dia harus menggembara ke sana untuk mendapatkan Goden Fleece. Tujuan mendapatkan Golden Fleece ini adalah untuk memulihkan pokok Thalia yang di ambang maut. Thalia sebenarnya ialah anak kepada Zeus namun diubah ke pokok untuk menyelamatkan kawan-kawannya (long story)

Ini antara gambar-gambarnya:


Itu sahaja yang mahu saya ceritakan. Sekian, terima kasih! :)



p/s: rasa cam nak blasah je director dia sebab buat movie yg takde kena mengena ngan buku. 
Asdf kau

Monday 20 May 2013

Selamat Hari Guru!

Assalammualaikum semua! Wah, sudah lama saya tidak menulis blog. Rindu betul. Sebenarnya, saya tidak tahu hendak tulis apa :p

  Sepatutnya artikel ini saya tulis ketika 16 Mei, tetapi saya memilih untuk menulis ketika 20 Mei. Teruk betul. Apa-apapun, saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU YANG PERNAH MENGAJAR SAYA! TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGAJAR DAN MENDIDIK SAYA MENJADI INSAN YANG BERGUNA.

Eh? Caps lock rosak sebentar. Hehe...

Apa-apa pun, nanti saya akan postkan artikel tentang sambutan Hari Guru di SMKTD kelak!

Saturday 30 March 2013

Cuti sekolah pun berakhir!

Apa yang kamu semua buat sepanjang cuti ini? Sepanjang cuti ini, saya cuma menghadap laptop main game sahaja. Teruk bukan? Buruk perangai xD

Nasib baik saya ada seorang kawan yang sudi teman saya sepanjang cuti ini (realitinya, hanya 2 hari sahaja...).  Thank you sahabatku, sebab teman saya ber-email sepanjang hari. Hehe! 

Apa-apa pun, cuti sudah hendak berakhir, mari kita menyambung pelajaran kita yang tertunda itu! 

Saturday 2 February 2013

Kejohanan Merentas Desa!

  Assalammualaikum! Wah! Dah lama tidak menulis blog! Kini, saya kembali dengan sebuah cerita yang sangat menarik! Sangat seronok! Jangan terkejut bila mendengar cerita tersebut! xD
  SMKTD telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa yang ketiga. Rasanya ini kejohanan yang berlaku setiap tahun. Dah nama pun merentas desa, mestilah lari! Hahaha xD

  Maka saya, Mannu dan Durka lari sekuat hati. Disebabkan stamina yang rendah dan kesakitan bahagian tepi secara tiba-tiba, saya hanya mampu berjalan perlahan mengalahkan kura-kura. Sedihnya tengok diri sendiri dipintas Hijau Lekiu, rumah sukan paling hebat di sekolah.

  Sampai-sampai sekolah, saya terus duduk dan berehat. Penatlah juga. Rasa nak pitam pun ada. Perut lapar, jadi saya rasa nak muntah dah. Tapi saya bertahan hinggalah perut saya diisi dengan nuget kantin. Baru lega!

  Kejohanan merentas desa ini berbeza sedikit. Tiada gerai yang menjual makanan. Ada pun hanya gerai menjual Domino Pizza dan air. Kawan-kawan baik saya semuanya memilih jadi Quarter Master, jadi mereka tidak lari bersama. Syahdunya! Apa pun, lepas berlari, kami berehat di Tapak Kokurikulum sambil bergosip sakan. Biasalah, perempuan. Hehe...

  Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Kami semua bergerak seiring ke Dewan Semarak Budi untuk mendengar keputusannya. Dan tidakku sangka, rumah sukan yang paling corot, paling teruk di sekolah, kini dinobat juara dan berdiri setanding dengan Hijau Lekiu! Hijau Lekiu ialah rumah sukan paling kuat dan bagaikan lagenda. Jingga Kasturi, rumah sukan saya merangkap rumah sukan paling teruk, kini berjaya merampas kedudukan Hijau Lekiu. Kamilah lagenda sebenar! Kerana kami dari nombor 5 (nombor terakhir) kini di nombor 1! Saya bangga dengan Jingga Kasturi! Kamilah juara! Ya!

  Kerana Jingga Kasturi dinobat juara, saya sudah pun terjerit-jerit, terkinja-kinja macam monyet di sana. Love you Jingga Kasturi! Tidak sia-sia usaha kami. Mujur, saya tidak pernah putus asa dengan rumah sukan saya.

  Apa-apa pun, inilah hari paling bahagia dalam hidup saya. Tahniah dan yes! Gambar tidak diupload sebab malas. Hehehe!

  Key bye, see ya! (っ◕‿◕)っ♥


  

Monday 14 January 2013

PBS! PBS! PBS!

  Tidak habis-habis dengan homework dan PBS! Saya tidak dapat update blog buat sementara waktu. Harap maklum dan maaf. :(

  Bagi menghilangkan bosan, apa kata kamu semua buka laman web ini ;)

Berani bukalah!

  Tidak pastilah jika laman webnya betul atau salah, yang pasti saya cabar kamu untuk membukannya.

  Amaran! Sekiranya lemah semangat jangan buka! (Faham-fahamlah!)

  Bye! Ada masa lagi saya update!