Saturday 2 February 2013

Kejohanan Merentas Desa!

  Assalammualaikum! Wah! Dah lama tidak menulis blog! Kini, saya kembali dengan sebuah cerita yang sangat menarik! Sangat seronok! Jangan terkejut bila mendengar cerita tersebut! xD
  SMKTD telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa yang ketiga. Rasanya ini kejohanan yang berlaku setiap tahun. Dah nama pun merentas desa, mestilah lari! Hahaha xD

  Maka saya, Mannu dan Durka lari sekuat hati. Disebabkan stamina yang rendah dan kesakitan bahagian tepi secara tiba-tiba, saya hanya mampu berjalan perlahan mengalahkan kura-kura. Sedihnya tengok diri sendiri dipintas Hijau Lekiu, rumah sukan paling hebat di sekolah.

  Sampai-sampai sekolah, saya terus duduk dan berehat. Penatlah juga. Rasa nak pitam pun ada. Perut lapar, jadi saya rasa nak muntah dah. Tapi saya bertahan hinggalah perut saya diisi dengan nuget kantin. Baru lega!

  Kejohanan merentas desa ini berbeza sedikit. Tiada gerai yang menjual makanan. Ada pun hanya gerai menjual Domino Pizza dan air. Kawan-kawan baik saya semuanya memilih jadi Quarter Master, jadi mereka tidak lari bersama. Syahdunya! Apa pun, lepas berlari, kami berehat di Tapak Kokurikulum sambil bergosip sakan. Biasalah, perempuan. Hehe...

  Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Kami semua bergerak seiring ke Dewan Semarak Budi untuk mendengar keputusannya. Dan tidakku sangka, rumah sukan yang paling corot, paling teruk di sekolah, kini dinobat juara dan berdiri setanding dengan Hijau Lekiu! Hijau Lekiu ialah rumah sukan paling kuat dan bagaikan lagenda. Jingga Kasturi, rumah sukan saya merangkap rumah sukan paling teruk, kini berjaya merampas kedudukan Hijau Lekiu. Kamilah lagenda sebenar! Kerana kami dari nombor 5 (nombor terakhir) kini di nombor 1! Saya bangga dengan Jingga Kasturi! Kamilah juara! Ya!

  Kerana Jingga Kasturi dinobat juara, saya sudah pun terjerit-jerit, terkinja-kinja macam monyet di sana. Love you Jingga Kasturi! Tidak sia-sia usaha kami. Mujur, saya tidak pernah putus asa dengan rumah sukan saya.

  Apa-apa pun, inilah hari paling bahagia dalam hidup saya. Tahniah dan yes! Gambar tidak diupload sebab malas. Hehehe!

  Key bye, see ya! (っ◕‿◕)っ♥


  

No comments:

Post a Comment