Saturday 22 December 2012

Comic Fiesta 2012!

  Assalammualaikum semua... Hari ini Pika gembira sangat sebab dapat ke Comic Fiesta 2012 yang berlangsung di KLCC Malaysia.

  Lebih tepat, sebenarnya saya gembira sebab dapat berjumpa dengan pelukis komik Malaysia, Bophairy (pelukis Ultra Qalif) dan Reja Mus (pelukis Shootz!). Almaklum susah sedikit mahu bertemu dengan mereka atas faktor tertentu. Lepas berjumpa (kerana tiada kertas jadi tidak dapat minta tandatangan), saya pun menyambung perjalanan saya. Hati ini berbunga-bunga (ala-ala pesta bunga) kerana dapat berjumpa dengan artis pujaan.

  Sambung semula mengenai Comic Fiesta 2012. Di sana memang menarik kerana terdapat pelbagai jenis karakter kesukaan seperti One Piece, Fairy Tail, Bleach, Final Fantasy dan banyak lagi. Memang menarik!

  Selain itu, ada juga yang ber-cosplay seperti watak-watak anime, untuk memeriahkan lagi fiesta ini. Ibu saya telah mengambil banyak gambar mereka dan ia sangat cantik. Ada juga yang mencipta sendiri senjatanya!

  Apa-apa pun, Comic Fiesta memang menarik. Berbaloi juga menghabiskan RM20 untuk membeli tiket masuknya. Besok adalah hari terakhir pesta itu. Bagi yang berminat, pergilah ke KLCC.

  Bye!

No comments:

Post a Comment