Sunday 16 December 2012

Idea gila-gila Kami!

  Assalammualaikum... Hai! Kembali dengan entri baru, lebih tepat, untuk menebus entri semalam yang lupa untuk ditulis. Ini cerita mengenai aktiviti saya, Murni dan Ummi semalam.

  Selama seminggu lamanya, saya dan Murni telah berbincang mengenai 'Misi Bertemu Mr.N'. Siapa dia, tidak boleh diberitahu :p. Dia adalah lelaki yang istimewa di hati Murni. Maaf Murni, sebab sudah terberitahu ramai orang.

  Rancangan kami ialah, kami ingin bertemu dengan Mr.N melalui sebuah majalah. Sebelum itu, kami perlu mengisi borang dan mengirimkan gambar.  Syarat yang seterusnya, kami perlu mendapatkan 3-4 orang untuk menemani kami.

  Lalu misi mencari peneman bermula. Kebanyakannya tidak mahu dan akhirnya, Ummi, seorang gadis cantik yang mempunyai semangat setiakawan, pun bersetuju. Tujuannya berbuat demikian ialah untuk Murni. Samalah niatnya bersama saya. Demi Murni, biarpun tidak sukakan Mr. N. Lagipun itu idea saya, suka atau tidak, saya tetap perlu memunculkan diri untuk membantu Murni.

  Pada 15 Disember, saya pergi ke rumah Murni untuk memulakan projek. Malang sekali, hari itu bermula dengan teruk kerana saya sesat dan tidak menemui rumah Murni! Selepas berpusing sebanyak 2 kali, akhirnya saya jumpa juga! Oh, teruknya! Langkah seterusnya, menunggu Ummi tiba di rumah Murni.

  Sebaik sahaja segalanya selesai, kami pun pergi ke taman untuk berjoging sambil ambil gambar untuk bertemu Mr.N! Saya berasa sedikit takut juga di sana kerana kawasan itu sungguh sunyi. Dengar cerita, taman itu dahulunya tempat pelupusan sampah sebelum dijadikan taman. Wah, tidak sangka! Cantik sungguh taman itu. Pada pukul 3 petang, kami kembali ke taman perumahan semula dan singgah di kedai untuk membeli air kerana haus yang sangat.

  Selepas itu, kami menaiki teksi untuk ke kedai mencuci gambar. Masa itu, saya sudah takut-takut kerana risau ibu saya akan tahu dan memarahi saya. Oh, risaunya!

  Malang sekali, kedai mencuci gambar tutup. Terpaksalah semua bergantung kepada saya untuk mencuci gambar dan menhantar borang itu. Kemudian, kami menyusul ke kedai makan untuk menjamu selera. Selesai makan, kami singgah ke kedai buku dan membeli envelope dan setem. Akhir sekali, kami pulang ke rumah Murni semula dengan berjalan kaki.

  Setibanya di rumah Murni, kami pun mula mengisi borang. Tepat pukul 5, kami pulang ke rumah masing-masing.

  Hari itu sungguh penat dan mencabar sekali. Semoga Murni dapat bertemu dengan Mr.N!

No comments:

Post a Comment