Monday 3 February 2014

Review of Hero Mahu Saiz M

Assalammualaikum dan hai!
     Pernah baca siri Hero Sri Bangsar by Azanil Fitri dan Ain Maisarah? Apa, tidak pernah? Ohhhh jangan menyesal. Buku paling best tau!

     Hero Sri Bangsar ni, kategori dia dalam lingkungan superhero, Sci-fi (science-fiction), dan aksi. So cerita memang menarik dan menawan. Character dia juga menarik serta semakin membesar seperti manusia betul. Takde kaedah Mary Sue atau Marty Stu.

     Novel kali ni, novel ke-8, tersangatlah menarik dan berbeza. Ada plot twist dan character development. Persahabatan antara Najmina dan Alfi semakin rapat dan mereka sangat comel~ nak je kahwinkan terus hehe. Syikin pula, dari gemuk jadi kurus dan Najmina pula dari langsing ke gemuk. Aduh bertukar pula.

     So, kali ni, cerita lebih menumpu pada masalah berat badan antara Najmina dan Daniel. Najmina bertambah berat badan sebab kuat makan, Daniel pula, sebab nak masuk pertandingan Kanak-Kanak Tembam Sri Bangsar untuk ibu dia, so ibu dia akan happy.
   
     Tapi lepas jumpa Syikin dan Dak Gedik... Najmina pun mahu menurunkan berat badan sebab tercabar dan dia juga mula rasa rendah diri bila dia kalah pada Dak Gedik.

     Favorite scene? Bila Alfi pertahankan Najmina depan Syikin. Sungguh... sungguh terharu sampai menangis saya dibuatnya.

     Cerita tamat dengan Najmina koma dan identiti Dak Gedik ditunjukkan. Mahu tahu siapa? Dapatkan buku Hero Mahu Saiz M sekarang! Emosional saya apabila membaca novel tersebut.

Okay, bye!
   
   

No comments:

Post a Comment